Wednesday 27 April 2011

Imam Nawawi Tokoh Idamanku



Ini coretan pertamaku, ku mulainya sebagai tujuan dan matlamat kehidupanku yang sebenar dengan mengkagumi ketokohan Imam Nawawi Tokoh Idaman Ku

KEPERIBADIAN IMAM NAWAWI  631H - 676H = 1233 -1277 M)))

     Namanya ialah Muhyiddin Yahya
bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Kebolehannya menghafaz Al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah, ketika berusia lingkungan sembilan belas tahun beliau telah pergi ke kota Damsyik untuk belajar dan Mendalami ilmu di madrasah al-Ruwahiyyah atas tanggungan madrasah itu sendiri Jadilah thalabul ilmi sebagai kesibukannya yang utama dan diceritakan bahawa beliau menghadiri dua belas halaqah pengajian kitab dalam sehari.

    Kehidupannya dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dam perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Makan minumnya hanya sekali dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya.Beliau sangat tidak menghiraukan  soal pemakaian dan perhiasan, cukuplah apa yang memadai sahaja. Tidak juga gemar akan makan buah-buahan kerana khuatir akan mengantuk yang akan mengganggu tugas sehariannya.

    Sepanjang hayatnya beliau sentiasa istiqamah dalam menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang di samping senantiasa beribadah di tengah-tengah suasana hidup yang serba kekurangan, sehingga hidupnya dilingkungi oleh usaha dan amal saleh terhadap agama, masyarakat dan umat.

    Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan olehnya. Beliau bukanlah seorang ulama' yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, beliau hidup di dalam masyarakat. Beliau tidak menjual ilmu yang dimiliki dengan harta benda dunia. Beliau banyak mencurahkan ilmu kepada masyarakat ummat serta memimpin ummat bukan ummat yang memimpin beliau. Fatwa yang dikeluarkannya juga tidak memandang sesiapa, walaupun fatwanya itu menyusahkan kedudukannya. Inilah contoh ulama' yang berpegang teguh dengan prinsip ubudiah dan berani menegakkan makruf dan melarang kemungkaran.

    Sepanjang hayatnya beliau banyak menulis, mengarang, mengajar dan menasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya dan dikagumi oleh masyarakat. setelah sekian lama beliau hidup dengan membujang tidak beristeri di tengah-tengah suasana masyarakat, Imam Nawawi akhirnya wafat pada 24 Rejab 676 Hijrah di Nawa, ketika itu beliau berumur 45 tahun. Beliau telah berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan 'ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmatnya ke atas beliau

    Diantara guru-guru beliau ialah Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah. Manakala  diantara murid beliau yang masyhur ialah: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnu Naqib Asy-Syafi’iy,Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.

    Imam nawawi banyak mengarang kitab semasa beliau hidup, di antara karangan yang mashur ialah kitab syarah sahih muslim, Riyadhus Salihin, Al-Adhkar, Al-Tibyan fi adab hamalat al-Quran, al-Irsyad wa al-Taqrib fi 'Ulum al-Hadith, al-Aidah fi Manasik al-Hajj, Syarah Muhazzab, al-Raudah, Tahdhib al-Asma' wa al-Lughat, al-Minhaj dan Matan al-Arbain.






 catatan ini pernah ku edarkan kepada sahabat seperjuanganku 2tahun yang lalu sebagai tatapan dan muhasabah dalam kehidupan sebagai seorang yang bergelar طالب العلم.


No comments:

Post a Comment