Wednesday 27 April 2011

GALAKAN MENGIMARAHKAN MASJID KHUSUS BAGI MUSLIMIN


MASJID DAN SENYUMAN KERINDUAN YANG MAHA ESA

      Sudah menjadi fitrah seseorang manusia ingin disayangi dan rasa dihargai. Maka Senyuman mempunyai satu kuasa dan kekuatan yang dapat memberi kesan rasa disayangi dan dihargai dalam jiwa kita. Senyuman pada hakikatnya mempunyai satu getaran tenaga yang mampu menusuk terus kedalam hati manusia lebih-lebih lagi senyuman seseorang yang kita amat sanjungi keperibadiannyai. Hakikatnya senyuman yang teragung adalah daripada yang Maha Esa kepada hambanya, Rasulullah bersabda :
ما من رجل كان يوطن المسجد فشغله امر أو علة ثم عاد الى ما كان إلا تبشبش الله كما يتبشبش أهل الغلئب بغائبهم إذا قدم
Maksudnya : “Tidaklah seorang yang bermastautin dimana-mana masjid, kemudian dia disebukkan oleh sesuatu urusan atau satu keuzuran (sehingga dia terpakisa meninggalkan masjid itu ), kemudiannya dia kembali kepada apa yang sebelumnya (yakni berada di masjid) melainkan Allah akan tersenyaum kepadanya sebagaiana tersenyumnya satu ahli keluarga yang telah lama terpisah dengan seseorang apabila dia pulang kepada mereka “ Riwayat ibnu Khuzaimah, Hasan Sohih

     Pengarang kitab “Injaaahul-Haajah” menyatakan, maksud bermastautin di masjid itu ialah bersangatan dalam melazimkan diri kepadanya, maknanya bermastautin itu ertinya kita memperbanyakkan masa berada di masjid, Manakala perakataan ((تبشبش membawa erti terpancar kasih sayang,kebahagian dan kegembiraan daripada Allah Taala. Ini tergambar apabila Rasulullah (S,A.W) mengumpamakan seperti kegembiraan ahli keluarga menyambut seseorang yang telah lama terpisah daripada mereka.

    Sesungguhnya bagi seseorang yang melazimkan dirinya dengan masjid, sebenarnya setiap hadir dan perginya daripada rumah Allah mendapat perhatian yang besar daripada Allah Taala . Lihatlah! Hanya dengan melapangkan masa yang dianugerahkan Allah dengan percuma kita berpeluang untuk menerima kebahagiaan dan kecintaan  daripada Allah taala itu sendiri.

    Oleh itu Adakah kita berasa berat untuk segera menuju ke Masjid? Adakah kita yang bergelar mahasiswa Islam cenderung kepada mengagungkan syiar Islam? Atau kita leka dibuai mimpi-mimpi yang boleh menyebabkan kita tergolong dikalangan hamba Allah Taala yang rugi ! Kita tidak dikatakan benar-benar beriman,sehingga kita mencintai Allah dengan cinta yang sebenar. Maka apakah yang lebih membahagiakan kita daripada mengetahui bahawa Allah Taala akan begitu gembira dan tersenyum kepada kita? Fikirkanlah  mahasiswa Islam... mahasiswa kias...terutamanya muslimin!!!.

Rujukan: -Al-Ahadith Al-Muntakhabah,
  - Gunawan Che Aziz, Masjid Itu hidupku  


Artikel ini ditulis semasa penulis memegang amanah sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Usrah dan Ta'mir Masjid PMKIAS ianya sebagai risalah bulanan untuk diedarkan kepada mahasiswa KIAS 

No comments:

Post a Comment